Hari Selasa hingga Khamis (27-29 Oktober 2009)aku berada di Yan kerana menghadiri kem motivasi insis peringkat daerah Kubang Pasu. Insis adalah singkatan bagi Insan Istimewa memang mereka sungguh istimewa dan dihadiri oleh 69 pelajar. Apa yang menarik bagiku tentulah pada acara malam kebudayaan dan acara sukaneka. Telatah mereka sungguh menghiburkan walaupun ada kekurangan. Pada malam kebudayaan macam-macam gelagat boleh dilihat. Lain yang diajar lain yang dibuat namun masih tetap berusaha untuk menghabiskan semua persembahan mereka...Begitu juga dengan acara sukaneka, mereka berebut-rebut meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula. Kesudahannya macam-macam corak di muka boleh dilihat dan ada yang sampai tertelan tepung gara-gara cuba mendapatkan gula-gula. Aku dari awal sukan terpaksa menjerit-jerit memberitahu apa yang perlu dilakukan. Nak cakap perlahan ada pelajar bermasalah pendengaran jadi terpaksalah juga menjerit sedikit..hmmm sakit tekak ne. Walaupun cuma 3 hari 2 malam pasti ada yang meninggalkan pengajaran, pengalaman dan kenangan buat mereka dan diriku sendiri.
Namun selama berada di sana, apa yang pasti kawasan peranginan Yan tidak seperti dahulu lagi. Terlampau banyak pembangunan seperti chalet dan homestay. Semasa di sana kelihatan beberapa lori sedang mengangkut pasir dan batu, untuk tujuan pembinaan beberapa lagi chalet dan homestay..Di mana lagi keindahan seperti dahulu?
Akukah yang terlewat?
Pernah aku ke mari masa dahulu,
waktu masa yang dipenuhi dengan kicauan
burung-burung dan unggas,
melagu riang,
sungai yang begitu galak mengalirkan,
air dalam kejernihan warna,
merangkup sanubari ini,
pohon-pohon melebarkan daun menjadi
perteduhan,
Namun takala ini,
sesingkat masa aku berada,
terasa seolah-olah sudah kehilangan,
sesuatu,
keindahan yang pernah melakari,
canvas lukisan sudah jauh berubah-
inikah yang dinamakan pembangunan?
Aku mancari bunyi cengkerik,
unggas-unggas peneman hutan,
tiada-hampa,
yang pasti hanya deruman bunyi jentolak,
rakus menjamah dada tanah,
yang meraung dalam sepi,
Sungai yang mengalir,
lemah,
lesu,
mengalirlah ia dalam kekeruhan warna,
sekeruh hati manusia,
yang pentingkan hak peribadi,
Tiada lagi pepohon,
yang dahulu menjadi perteduhan,
yang ada hanya berdiri kaku,
pondok-pondok 'usang' dek lakaran cinta,
muda-mudi,
Semuanya sudah berubah,
tiada lagi bahan cerita untuk bekalan,
generasiku,
tiada lagi keindahan rangkuman warna
semulajadi buat penilaian generasiku,
Yang ada cuma suntikan,
kerakusan pembangunan,
oleh mereka yang butakan,
ciptaan-Nya,
Sejenak aku terfikir,
adakah aku yang tidak mengerti,
erti pembangunan,
atau
aku yang terlewat untuk
sama-sama 'membangun'
sue130pm
jumaat30102009
Namun selama berada di sana, apa yang pasti kawasan peranginan Yan tidak seperti dahulu lagi. Terlampau banyak pembangunan seperti chalet dan homestay. Semasa di sana kelihatan beberapa lori sedang mengangkut pasir dan batu, untuk tujuan pembinaan beberapa lagi chalet dan homestay..Di mana lagi keindahan seperti dahulu?
Akukah yang terlewat?
Pernah aku ke mari masa dahulu,
waktu masa yang dipenuhi dengan kicauan
burung-burung dan unggas,
melagu riang,
sungai yang begitu galak mengalirkan,
air dalam kejernihan warna,
merangkup sanubari ini,
pohon-pohon melebarkan daun menjadi
perteduhan,
Namun takala ini,
sesingkat masa aku berada,
terasa seolah-olah sudah kehilangan,
sesuatu,
keindahan yang pernah melakari,
canvas lukisan sudah jauh berubah-
inikah yang dinamakan pembangunan?
Aku mancari bunyi cengkerik,
unggas-unggas peneman hutan,
tiada-hampa,
yang pasti hanya deruman bunyi jentolak,
rakus menjamah dada tanah,
yang meraung dalam sepi,
Sungai yang mengalir,
lemah,
lesu,
mengalirlah ia dalam kekeruhan warna,
sekeruh hati manusia,
yang pentingkan hak peribadi,
Tiada lagi pepohon,
yang dahulu menjadi perteduhan,
yang ada hanya berdiri kaku,
pondok-pondok 'usang' dek lakaran cinta,
muda-mudi,
Semuanya sudah berubah,
tiada lagi bahan cerita untuk bekalan,
generasiku,
tiada lagi keindahan rangkuman warna
semulajadi buat penilaian generasiku,
Yang ada cuma suntikan,
kerakusan pembangunan,
oleh mereka yang butakan,
ciptaan-Nya,
Sejenak aku terfikir,
adakah aku yang tidak mengerti,
erti pembangunan,
atau
aku yang terlewat untuk
sama-sama 'membangun'
sue130pm
jumaat30102009
No comments:
Post a Comment