Saturday, November 20, 2010

susahnya kalau hidup bergantung dgn org lain kan...rasa tersiksa sgt..sampai bila harus mcm ne??mmg sudah tersurat..yang pasti hidup perlu diteruskan...

Thursday, October 21, 2010

Saturday, July 10, 2010


Saat ini perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Sedih, kecewa dan hampa. Sebab apa??? biarlah aku saja yang tahu... yang pasti senyuman sentiasa terukir di bibir. Tak semua masalah perlu diluahkan, bagi aku lah. Daripada aku melalut lebih baik aku luahkan melalui sajak ne..


Andai semua tahu,
Apa yang ada difikiranku,
Apa yang aku sedang lalui,
Pasti ada yang mengerti.

Bukan mudah untuk mempercayai,
dan dipercayai,
Seperti juga bukan mudah untuk memaafkan,
dan dimaafkan,
Walau kadang kala dalam terpaksa.

Sewaktu jiwa keliru,
Sewaktu hati sesak dihimpit bongkah-bongkah masalah,
Sewaktu akal sedang ligat mencari lorong-lorong penyelesaian,
Aku diburu pula oleh kekusutan yang datang umpama ribut,
Menerjah,
Aku parah...

Kaki bagai dipaku,
Tangan bagai digari,
Mulut sudah terkunci,
Otak ku sudah lali..


Aku gagahi, terpaksa hadapi.....

Ini saja yang mampu aku gambarkan keadaan aku ketika ini..



jiwa kacau....

arrrghhhhhhhh...


rasa mcm byk yg nak luahkan tapi ...



aku tgh blurrrrrrrrrr...

Thursday, April 1, 2010






Jalan-jalan lagi..kali ne naik keretapi dari Arau ke Alor Setar..pastu singgah Menara Alor Setar makan tengahari kat Menara Berputar-putar..

Monday, March 8, 2010

jom belajar dialek kedah....

aku sendiri sebenarnya bukan pandai sangat bab2 dialek kedah ne.(org kedah kata loghat).so satu hari aku terbaca..hehhe ter..konon sebenarnya aku sendiri yang merelakan utk membaca..wah..wah rupa2 nya banyak yg aku tak tau,,erm..tak pa..jadi aku mula selak sehelai demi sehelai ...aduh..muka surat pertama dah mula buat aku pening...ne dia antara yg aku sendiri baru tau antara loghat/dialek kedah...mai sama2 kita tgk...

1. abau-tidur melentang ler..
cth ayat -lepaeh makan nasik, pak kasim melentang abau kat serambi..

2. acilut-sejenis permainan kejar mengejar.
dulu kecik2 suka main acilut..

3. anak karin(bukan anak pak karin)-sejenis ikan pelaga

4. anak anjing- perut betis, buah betis,anjing-anjing
cth ayat-kadang2 bila bejalan jawoh tejadi simpoi bewa kat anak anjin....

5. beat..-degil dan suka membantah sesuatu perkara

6. bebeh-terjuih keluar (bibir sebelah bawah)
cth ayat-muka diya lawa tapi bibiyaq diya bebeh..

7. bejabu,berjabu-pantas,deras
cth ayat-bila nampa tu wan kebon tu mai, budak2 hat dok curi buwah jambu pon tula ri bejabu...

8. belejam-comot dan kotor
cth ayat - baju diya habeh belejam pasai diya dok pi mayin kat bendang..

9. bercerau-tersirap darah
- mengalir air mata
cth ayat-darah diya berceraubila tengok ulaq sawa kat pintu rughmah diya..
- bila diya dengaq kata mak diya mati ayaq mata diya becerau...

10. berderau-berterbangan dgn byk (nyamuk)
cth ayat - nyamo bedehau bawah dapoq..

amacam ..tergeliat lidah???
hehhehe

Wednesday, February 17, 2010

seharian di alor setar...


Boring..cuti lama2 tapi pegi mana2..so ambil keputusan ronda satu alor setar sambil melawat tempat2 yg jarang dikunjungi.Nama jer org alor setar tapi muzium padi pun tak penah jejak.Mula2 mesti la isi perut dulu, perjalanan bermula pada pukul 11:30 pagi ambil adik2 dulu kat sbg perak.Destinasi pertama ke muzium diraja, masih macam dulu juga..cantik dan antik.
Kemudian pegi ke balai seni tak jauh pun 5 minit jalan jer..cari juga lukisan yong tapi tak der pula..Ambil gambar n terus pegi ke muzium negeri..sama tak da yg berubah..pastu meneruskan perjalanan ke petrosains..best juga..fun..rata-rata pelawat berbangsa cina...yg melayu ke mana ekk???Tak jauh dari petrosains ada satu tmpt yg best..menempatkan lukisan yg terpanjang..terpanjang di mana msia ker??tak sempat tanya..heheh..best cam real jer lukisan kat situ..

Monday, February 8, 2010

wanita bahagia..............????

*dengan senyuman yang cantik,yang mengirimkan cinta, dan mengutuskan kasih-sayang bagi orang lain..

*dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapuskan semua rasa dengki.

*dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, menyenangkan perut yang lapar.

*dengan banyak berzikir, memohon ampun,rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat.

* kasihanilah orang2 yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang2 yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamkanlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

*optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

*hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya.Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

* ingatlah sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

* jika anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorg secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini akan mendapatkan semua yan diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan..

Saturday, January 16, 2010

sesungguhnya aku bertuah.....

Persekolahan bermula pada 3 hb Januari 2010. Tahun ini saja ada 9 orang pelajar baru yang mendaftar dan ini menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 40 orang dan 6 kelas.Berada di kelas pendidikan khas sebenarnya mengajar aku erti sebenar kesabaran dan syukur.Kesabaran apabila melayan karenah pelajar2 yg mempunyai pelbagai karenah dan syukur kerana masih berpeluang memberi hidup sempurna.. Kadangkala rasa menyesal apabila setiap kali aku merungut apabila diuji..
Disini apa yang aku cuba ceritakan adalah pengorbanan seorang bapa yang mempunyai sepasang anak kembar comel tetapi cacat bahagian kaki. Setiap hari si bapa akan meletakkan si abang di bahagian depan(kat raga) sementara si adik di bahagian belakang sambil tangan kirinya akan memegang badan si adik untuk ke sekolah. Ini kerana ada masa-masa tertentu si adik tidak dapat bertahan lama dan badannya akan jatuh tak kiralah kiri ke ke kanan.(melayah org kedah kata). Sesampainya di sekolah mulalah pula tugas lain iaitu mendukung anak-anaknya seorang demi seorang untuk di hantar ke kelas. Ini adalah sebahagian dari tugas seorang bapa yang tabah untuk menyekolahkan anak-anaknya tanpa mengira penat lelah walaupun dia pasti setakat mana tahap mana pembelajaran anak2nya di sekolah.

Yang pasti tugas tidak sampai setakat itu sahaja, menurut si bapa pada sebelah malam anak-anaknya tidak dapat tidur lena kerana cuaca yang sejuk akan menyebabkan kaki anak2nya kejang sehinggakan mereka akan menjerit2 dan menangis. Apa yang mampu dilakukan untuk meredakan kesakitan anak2nya hanyalah mengurut dengan minyak panas...Bayangkan kesanggupan dia membesarkan anak2nya walaupun cacat...setiap hari rutin yang sama tetapi tidak pernah merungut..Bagaimana pula kita agaknya???entahlah..........

Aktiviti luar sekolah sudah pasti mereka tidak dapat ikut serta...hanya mampu memandang dari dalam kelas...Bukan tidak ada usaha untuk membawa mereka turut serta tetapi, keadaan mereka yang tidak dapat duduk lama yang menyukarkan mereka terlibat sama dalam semua aktiviti luar kelas seperti bercucuk tanam, bermain bowling dan menternak ayam...Tapi pihak pddk khas sudah berusaha mendapatkan kerusi roda untuk memudahkan mereka bergerak...insyaallah

kenduri-kenduri


Ujung2 tahun ne banyak pula jemputan kenduri kawin dr kekawan. Ada 2 kenduri kawin yg kira wajib pegi la..Satu kat kola nerang satu kat kg head stone.(kg kepala batu da...) Kalau cita bab kawin mesti kena fikir bab hadiah kan..pening gak nak bagi hadiah pa..erm..apa ekk???bagi lesung batu dah la..hehehhe.Kat sini ada pic semasa majlis perkahwinan member, sempat posing gak la.Cantik tengok pelamin2 depa, masa dulu kawin mana ada pelamin-pelamin camtu.Huhu sedih gak.....


Masa zaman awal 90an kawin dulu baju pengantin setakat baju songket jer,sekarang ne macam2 jenis kain ada..sebut saja nak jenis apa, fesyen apa,warna apa semua ada lah..Yang penting duit pun mesti ada la...