Friday, December 25, 2009

mai cuti kat langkawi...



Lama juga tak jejak tanah Langkawi dalam erti kata berjalan-jalan sepuas-puas nya sambil possing..Akhirnya tercapai juga walau dlm masa sehari..16 dan 17hb Disember ada jamuan akhir tahun yg dibuat oleh PPD Kubang Pasu, so apa lagi ini lah kesempatannya..
Mula-mual sewa keta, keta yg tinggal cuma Sentra so melayang lah RM 130..kalau nak diikutkan tak sampai pun RM130 tp disebabkan cuti sekolah diaorg apa lagi letak harga habis2 la..Sebelum memulakan xpdc jelajah langkawi ne perut kn isi..ingat nak pekena nasi ayam pak ya..member dok teringin nak mkn kat Food Court la..pekena nasi grg dulu..Destinasi yg pertama..Durian Beringin(Betul tak tau lah nama dia) kawasan air terjun...nnt tgk la kat pic tu..byk dah berubah..Dulu masa dok kat langkawi mana ada jambatan gantung..Sekarang ne ada dah..cantik..ambil gambar dulu..yg tu wajibul..hehe..
Kemudian bertolak ke Pantai Pasir Hitam, tak byk berubah..p pula Pantai Pasir Tengkorak cis...kena ligan ngan kera2 jalanan..Jalan lagi ke Gunung Mat Cincang , hajat di hati nak naik skyway, tapi dah petang dah pastu kn tgg lama baru leh naik..tak jadi lah..Akhir sekali p Pantai Cenang cari kedai utk beli hadiah..ada potluck pula.erm..kn cari hadiah atas RM15 ...pening gak kepala nak cari..byk juga yg cantik2 kat kedai2 area Cenang ne..
Malam mula la acara belasah(bbq la) mkn2..tu tujuan sebenar mai Langkawi..perghh kena ketam sekor sorg besar pinggan ...malam tu member mula gatal muka..hahahhaha..padan muka..

Sunday, December 6, 2009

yang pergi tak kan kembali...

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu


Setiap yang hidup pasti akan melaluinya..yang beza cuma cara kematian sahaja..Ada yang masa tua..ada yang masih muda...Semuanya sudah tertulis sejak seawal kita dilahirkan

Saturday, December 5, 2009

Kau pergi...


Kematian, satu perkataan yang sememangnya akan diiringi dengan perasaan sedih, duka dan yang pasti air mata. Penghujung tahun ne saja aku sudah kehilangan 2 org kawan,teman atau yang pasti sahabat. Azrin, atau yang lebih kami kenali dengan nama Mat Yin, telah pergi ,meninggalkan kami. Kejadian berlaku semasa di tempat kerja, apabila terkena litar pintas. Arwah telah meninggalkan seorg balu yang juga merupakan sahabat kami (aku dan suamiku) dan dua orang anak yang masih kecil yang belum lagi puas merasa kasih sayang seorang bapa. Apa yang mampu kami lakukan ialah mencurahkan kasih sayang kami kepada anak-anak arwah dan menolong sekadar mampu...Semoga arwah di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman...Amin.

Rabbani - Pergi Tak Kembali Lirik

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Semalam satu berita yang memeranjatkan aku terima..Kematian temanku semasa sama-sama belajar di sekolah Menengah Sultanah Asma..(form six) Ingat lagi dia suka panggil namaku..Mat Li..sbb masa tu kami ada nama panggilan masing-masing..Khoo Joo Hwa, kali terakhir dengar berita dia bekerja di Penang dan berkahwin dengan juga sebangsa dengannya. Takkan lupa kenangan bersama-sama masa camping di Pantai Merdeka, takan lupa saat-saat indah masa belajar, makan sama-sama, sambut beraya bersama..sama-sama merempit. Masakan boleh lupakan semua kenangan suka dan duka kita. Joo Hwa...walau jauh dari kami, namun tetap kami akan tetap mengingatimu...


There isn’t much I haven’t shared,
With you along the road
And through it all there’d always be
Tomorrow’s episode
Suddenly that isn’t true
There’s another avenue
Beckoning the great divide
Ask no questions, take no side
Who’s to say who’s right or wrong
Whose course is braver run
Still we are, have always been
Will ever be as one
What is done has been done for the best
Though the mist in my eyes might suggestJ
ust a little confusion about what I’ll lose
But if I started over I know I would choose
The same joy the same sadness each step of the way
That fought me and taught me that friends never say
Never say goodbye Never say goodbye Never say goodbye Never say goodbye
Suddenly that isn’t true
There’s another avenue
Beckoning, the great divide
I would choose
The same joy the same sadness each step of the way
That fought me and taught me that friends never say
Never say goodbye Never say goodbye Never say goodbye Never say goodbye

Monday, November 9, 2009

Walau siapa kita...

Untuk semua teman-teman di luar sana...


Walau siapa kita,
dari seawalnya kita sudah pasti,
di mana dan bagaimana,
perjalanan yang cuba dilalui,

Kita sebenarnya bukanlah berbeza,
cuma ada kelebihan yang telah dikirimkan,
hanya jiwa-jiwa ini,
yang bisa mencetuskan sendiri,
gelodak dalam naluri.

Walau siapa kita,
yang pasti kita sedang berdepan,
mengayun langkah,
saat pedih, sakit dan ada kala rasa,
kecewa cuba menyelinap,
ingatlah kita sebenarnya,
antara yang telah terpilih oleh-Nya,
Dia telah menguji kita,
di atas setiap batas-batas kesabaran.

Walau siapa kita,
usah menyesal,
usah malu,
junamkan rasa kerdil-jauh,
toleh ke sekeliling,
sebenarnya kita tidak keseorangan,
dalam mengharungi liku-liku titian perjalanan ini,
masih ada yang menanti di sini,

Yang pasti kita sudah tahu,
cabang-cabang jalan yang abadi....



sue2358pm30092009

Sedikit info ttg Thalassaemia

Talasemia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cross green.png PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
Talasemia
ICD-10 D56.
ICD-9 282.4

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

  • Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.


Untuk ibu bapa yg ada anak menghidap penyakit ne..Tolonglah dapatkan rawatan awal dr hospital. Jika ada bengkel seelok-eloknya pergilah..kita dapat tahu info dan cara rawatan ttg penyakit ini..

Saturday, October 31, 2009

bengkel motivasi kelab thalassemia-


24 Oktober 2009 menghadiri bengkel motivasi dan kelab thalassemia Kedah di Dewan INSPIN. Bengkel ini juga dianjurkan sempena jamuan hari raya Aidilfitri. Banyak pengajaran dan ilmu yang dapat aku pelajari semasa menghadiri bengkel tersebut. Baru aku sedar bahawa terdapat ramai lagi insan lain yang mengalami nasib yang sama denganku malah ada yang lebih teruk dan ada di antaranya masih kecil. Kalau dulu aku banyak merungut apabila sentiasa terpaksa berulang alik ke hospital utk mendapat rawatan ttp kini aku sedar semua ini perlu untuk meneruskan kesinambungan hidup....

Friday, October 30, 2009

d' Yan.



Hari Selasa hingga Khamis (27-29 Oktober 2009)aku berada di Yan kerana menghadiri kem motivasi insis peringkat daerah Kubang Pasu. Insis adalah singkatan bagi Insan Istimewa memang mereka sungguh istimewa dan dihadiri oleh 69 pelajar. Apa yang menarik bagiku tentulah pada acara malam kebudayaan dan acara sukaneka. Telatah mereka sungguh menghiburkan walaupun ada kekurangan. Pada malam kebudayaan macam-macam gelagat boleh dilihat. Lain yang diajar lain yang dibuat namun masih tetap berusaha untuk menghabiskan semua persembahan mereka...Begitu juga dengan acara sukaneka, mereka berebut-rebut meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula. Kesudahannya macam-macam corak di muka boleh dilihat dan ada yang sampai tertelan tepung gara-gara cuba mendapatkan gula-gula. Aku dari awal sukan terpaksa menjerit-jerit memberitahu apa yang perlu dilakukan. Nak cakap perlahan ada pelajar bermasalah pendengaran jadi terpaksalah juga menjerit sedikit..hmmm sakit tekak ne. Walaupun cuma 3 hari 2 malam pasti ada yang meninggalkan pengajaran, pengalaman dan kenangan buat mereka dan diriku sendiri.

Namun selama berada di sana, apa yang pasti kawasan peranginan Yan tidak seperti dahulu lagi. Terlampau banyak pembangunan seperti chalet dan homestay. Semasa di sana kelihatan beberapa lori sedang mengangkut pasir dan batu, untuk tujuan pembinaan beberapa lagi chalet dan homestay..Di mana lagi keindahan seperti dahulu?

Akukah yang terlewat?

Pernah aku ke mari masa dahulu,
waktu masa yang dipenuhi dengan kicauan
burung-burung dan unggas,
melagu riang,
sungai yang begitu galak mengalirkan,
air dalam kejernihan warna,
merangkup sanubari ini,
pohon-pohon melebarkan daun menjadi
perteduhan,

Namun takala ini,
sesingkat masa aku berada,
terasa seolah-olah sudah kehilangan,
sesuatu,
keindahan yang pernah melakari,
canvas lukisan sudah jauh berubah-
inikah yang dinamakan pembangunan?

Aku mancari bunyi cengkerik,
unggas-unggas peneman hutan,
tiada-hampa,
yang pasti hanya deruman bunyi jentolak,
rakus menjamah dada tanah,
yang meraung dalam sepi,

Sungai yang mengalir,
lemah,
lesu,
mengalirlah ia dalam kekeruhan warna,
sekeruh hati manusia,
yang pentingkan hak peribadi,

Tiada lagi pepohon,
yang dahulu menjadi perteduhan,
yang ada hanya berdiri kaku,
pondok-pondok 'usang' dek lakaran cinta,
muda-mudi,

Semuanya sudah berubah,
tiada lagi bahan cerita untuk bekalan,
generasiku,
tiada lagi keindahan rangkuman warna
semulajadi buat penilaian generasiku,

Yang ada cuma suntikan,
kerakusan pembangunan,
oleh mereka yang butakan,
ciptaan-Nya,

Sejenak aku terfikir,
adakah aku yang tidak mengerti,
erti pembangunan,
atau
aku yang terlewat untuk
sama-sama 'membangun'

sue130pm
jumaat30102009

Friday, September 25, 2009

Raya ker?

Assalammualaikum..
Salam lebaran buat semua...raya dah ke?hihi..tak puas rasa puasa tahun ne.Macam baru seminggu jer kan..tup-tup dah nak raya.Bila sebut raya ne teringat lak zaman dulu-dulu. Suasana sambutan raya dulu dan sekarang tak sama. Raya masa kecik-kecik lagi best dari sekarang. Reason? Sebab kena bagi duit raya satu..satu lagi tah la mungkin bila dah besar ne suasana kemeriahan berbeza. Berbalik cita pasal raya kan dah jadi satu kewajipan la mesti kutip duit raya dekat flat Seberang Perak (flat lama). Sebenarnya flat ne ada 2 blok, flat A ramai penghuninya org Melayu dan flat B banyak org2 Cina. Sementara tu, kebanyakkan org India duduk berek JKR. Jadi, flat A tumpuan kami. Masa tu kami tawaf habis-habis semua rumah. Dapat 2 kupang macam dapat seringgit seronok sangat. Ada la satu rumah tu sanggup bagi 5 det (5 sen) ada ka patut. Dia bagi sekupang pastu dia cakap share-share la. Sejak ari tu kami pangkah terus rumah tu..hihi