Persekolahan bermula pada 3 hb Januari 2010. Tahun ini saja ada 9 orang pelajar baru yang mendaftar dan ini menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 40 orang dan 6 kelas.Berada di kelas pendidikan khas sebenarnya mengajar aku erti sebenar kesabaran dan syukur.Kesabaran apabila melayan karenah pelajar2 yg mempunyai pelbagai karenah dan syukur kerana masih berpeluang memberi hidup sempurna.. Kadangkala rasa menyesal apabila setiap kali aku merungut apabila diuji..
Disini apa yang aku cuba ceritakan adalah pengorbanan seorang bapa yang mempunyai sepasang anak kembar comel tetapi cacat bahagian kaki. Setiap hari si bapa akan meletakkan si abang di bahagian depan(kat raga) sementara si adik di bahagian belakang sambil tangan kirinya akan memegang badan si adik untuk ke sekolah. Ini kerana ada masa-masa tertentu si adik tidak dapat bertahan lama dan badannya akan jatuh tak kiralah kiri ke ke kanan.(melayah org kedah kata). Sesampainya di sekolah mulalah pula tugas lain iaitu mendukung anak-anaknya seorang demi seorang untuk di hantar ke kelas. Ini adalah sebahagian dari tugas seorang bapa yang tabah untuk menyekolahkan anak-anaknya tanpa mengira penat lelah walaupun dia pasti setakat mana tahap mana pembelajaran anak2nya di sekolah.
Yang pasti tugas tidak sampai setakat itu sahaja, menurut si bapa pada sebelah malam anak-anaknya tidak dapat tidur lena kerana cuaca yang sejuk akan menyebabkan kaki anak2nya kejang sehinggakan mereka akan menjerit2 dan menangis. Apa yang mampu dilakukan untuk meredakan kesakitan anak2nya hanyalah mengurut dengan minyak panas...Bayangkan kesanggupan dia membesarkan anak2nya walaupun cacat...setiap hari rutin yang sama tetapi tidak pernah merungut..Bagaimana pula kita agaknya???entahlah..........
Aktiviti luar sekolah sudah pasti mereka tidak dapat ikut serta...hanya mampu memandang dari dalam kelas...Bukan tidak ada usaha untuk membawa mereka turut serta tetapi, keadaan mereka yang tidak dapat duduk lama yang menyukarkan mereka terlibat sama dalam semua aktiviti luar kelas seperti bercucuk tanam, bermain bowling dan menternak ayam...Tapi pihak pddk khas sudah berusaha mendapatkan kerusi roda untuk memudahkan mereka bergerak...insyaallah