Wednesday, February 17, 2010

seharian di alor setar...


Boring..cuti lama2 tapi pegi mana2..so ambil keputusan ronda satu alor setar sambil melawat tempat2 yg jarang dikunjungi.Nama jer org alor setar tapi muzium padi pun tak penah jejak.Mula2 mesti la isi perut dulu, perjalanan bermula pada pukul 11:30 pagi ambil adik2 dulu kat sbg perak.Destinasi pertama ke muzium diraja, masih macam dulu juga..cantik dan antik.
Kemudian pegi ke balai seni tak jauh pun 5 minit jalan jer..cari juga lukisan yong tapi tak der pula..Ambil gambar n terus pegi ke muzium negeri..sama tak da yg berubah..pastu meneruskan perjalanan ke petrosains..best juga..fun..rata-rata pelawat berbangsa cina...yg melayu ke mana ekk???Tak jauh dari petrosains ada satu tmpt yg best..menempatkan lukisan yg terpanjang..terpanjang di mana msia ker??tak sempat tanya..heheh..best cam real jer lukisan kat situ..

Monday, February 8, 2010

wanita bahagia..............????

*dengan senyuman yang cantik,yang mengirimkan cinta, dan mengutuskan kasih-sayang bagi orang lain..

*dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapuskan semua rasa dengki.

*dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, menyenangkan perut yang lapar.

*dengan banyak berzikir, memohon ampun,rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat.

* kasihanilah orang2 yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang2 yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamkanlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

*optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

*hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya.Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

* ingatlah sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

* jika anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorg secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini akan mendapatkan semua yan diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan..